Jumaat, 21 Mac 2014

Hibah atau wasiat untuk produk ASNB

Submitted by m.ruzaini.h on March 29, 2013 – 2:03 am

Salam,
Wasiat atau hibah atau tidak berwasiat… kalau tak berwasiat confirm akan leceh dan lama prosesnya... kalau berwasiat pun agak lama proses dia…
kalau kita lihat kepada akaun KWSP,insuran,takaful @ tabung haji… kesemuanya ini boleh kita letakkan penama untuk menjadi pemegang amanah kita, jikalau ada penama ni.. proses pengeluaran duit adalah mudah dan tidak banyak karenah… tugas penama selepas kematian pemengang akaun adalah mengeluarkan duit berkenaan dan selepas itu mengagihkannya kepada waris yang berhak (faraid).. so jgn ingat kalau dah jd penama tu duit tu korang sapu semua…jika korang bukan salah seorang waris, so just korang boleh ambil upah je (dipersetujui oleh waris)… so proses ni agak mudah coz tidak perlu melalui proses mahkamah…
yang saya cerita tadi adalah untuk product yang boleh dibuat penama… tp kalau akaun ASB pulak macamane… memang sebelum ini tidak boleh letak penama… so kene melalui proses mahkamah… ambil masa yang panjang dan leceh.. dah lah waris perlukan duit untuk teruskan hidup… sebab tu kita wajib ambil takaful/insuran coz boleh letak penama and pengeluaran adalah mudah… tp disini kita taknak bercerita tentang takaful atau insuran.. tapi nak bercerita tentang asb…
pihak asnb sedar tentang harta yang tak dituntut untuk akaun amanah dibawah kelolaan mereka disebabkan proses wasiat ni… oleh sebab itu.. pihak asnb telah mewujudkan satu penyelesaian iaituhibah amanah… hibah ni umpama kita menghadiahkan harta kita kepada penama…
melalui hibah ini kita tidak perlu lagi melalui proses mahkamah… terus boleh keluar… proses pengeluaran adalah seperti gambarajah dibawah..
hibah
untuk menyertai program hibah ini, confirmlah ada bayaran…
untuk pendaftaran kene bayar RM180 – ini pemegang akaun akan bayar..
dan setiap tahun kene bayar RM10 untuk servis mentadbir dan lain2..
untuk pengeluaran oleh waris pula, ada caj yang akan dikenakan (akan tolak akaun) details seperti dibawah
hibah 2
takmo dipanjangkan cerita… korang boleh refer link dibawah untuk penjelasan lanjut dan jangan lupa mendaftar program hibah ini untuk kesenangan waris kita..

1 ulasan:

ST berkata...

Terima kasih utk artikel