Isnin, 3 Februari 2014

Dalil Al-Quran dan Hadis Mengenai Hukum Faraid, Harta Pusaka dan Wasiat

Laman ini adalah koleksi surah Al-Quran dan Hadis Nabi mengenai hukum faraid, pembahagian harta pusaka dan wasiat. Semoga ia memberi kebaikan kepada saya dan semua pembaca.

Antara Hibah dan Wasiat

Mengapa semakin ramai orang membuat Hibah berbanding Wasiat?


Apa itu Hibah dan Wasiat?

Hibah atau lebih tepat nama teknikal dalam konteks as-Salihin Trustee Bhd ialah 'Pri-Hibah' atau Deklarasi Hibah. Saya akan menggunakan istilah Hibah sahaja.

Hibah dalam bahasa yang mudah ialah pemberian semasa hidup oleh seseorang kepada sesiapa sahaja, iaitu ibu-bapa, anak, isteri, adik-beradik, anak angkat, anak tiri, ibu-bapa mertua atau sesesiapa lagi yang tiada pertalian darah. Jadi hibah bukan harta pusaka walaupun pemberi hibah meninggal dunia.

Apa itu Wasiat?

Sebaliknya, wasiat adalah pesanan semasa hidup seseorang bagi membahagikan harta kepada sesiapa sahaja. Tetapi wasiat ini terpakai apabila pewasiat meninggal dunia. Jadi wasiat tidak ada nilai selagi pewasiat hidup.

Apa Kelebihan Hibah?

Hibah mempunyai kelebihan tersendiri. Hibah adalah pemberian semasa hidup pemberi hibah kepada penerima hibah. Jadi apabila pemberi hibah meninggal dunia, hibah bukannya harta pusaka dan tidak tertakluk kepada Hukum Faraid.

Hukum Faraid

Sabda Rasulullah:

Ilmu itu ada tiga dan selain daripada tiga itu hanyalah sebagai lebihan sahaja, iaitu Ayat Muhkamah (ayat hukum yang tidak dimansuhkan), sunnah yang sahih diriwatkan daripada Rasulullah s.a.w dan ilmu untuk membahagikan harta pusaka yang adil.
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)


Sabda Rasulullah s.a.w:

Pelajarilah ilmu Faraid, dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku.
(Riwayat Abu Rurairah r.a)


Sabda Rasulullah s.a.w:

Pelajarilah al-Quran dan ajarkankanlah ia kepada manusia dan pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara keduanya.
(Riwayat Abdullah bin Mas'ud r.a)

Hak Suami ialah 1/2 Bahagian Jika Tidak Mempunyai Anak

Dalil al-Quran

Dan bagi kamu seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.
(Surah al-Nisa' 4:12)

Hak Suami ialah 1/4 Bahagian Jika Mempunyai Anak

Dalil al-Quran

Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh seperempat daripada harta yang mereka tinggalkan.
(Surah al-Nisa' 4:12)


Hak Isteri 1/4 Bahagian Jika Tidak Mempunyai Anak

Dalil al-Quran

Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula 1/4 daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.
(Surah al-Nisa' 4:12)

Hak Isteri 1/8 Bahagian Jika Mempunyai Anak

Dalil al-Quran

Tetapi kalau kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah 1/8 daripada harta yang kamu tinggalkan.
(Surah al-Nisa' 4:12)

Hak Anak Perempuan Tunggal ialah 1/2 Bahagian

Dalil al-Quran

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua harta itu
(Surah al-Nisa 4:11)

Hak Anak Perempuan ialah 2/3 sekiranya Lebih Daripada Seorang

Dalil al-Quran

Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si-mati.
(Surah al-Nisa' 4:11)

Hak Ibu ialah 1/3 Bahagian Jika Tidak Mempunyai Anak

Dalil al-Quran

Tetapi jika si-mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga.
(Surah al-Nisa' 4:11

1 ulasan:

ST berkata...

Memang terbaikk