Cara Membuat Kiraan Keperluan Perlindungan Takaful berdasarkan Al_quran
Firdaus Aziz , Islamic Financial Planning
Seorang rakan sedang berkira-kira untuk menyertai takaful dan bertanya “Faizul, apakah implikasi sekiranya saya mengambil pelan takaful paling rendah carumannya sebulan?”
Saya menjawab “Bila kita menyertai takaful ia bukan melihat jumlah caruman sebulan tetapi berapakah jumlah perlindungan (sum cover) yang ideal bagi seseorang.”
Salah satu matlamat menyertai takaful kerana memberi kestabilan kewangan kepada yang tersayang dalam tempoh setahun dari ketiadaan kita.
Formula yang boleh dikeluarkan daripada dua terjemahan ayat Al-Quran di atas ialah:-
JUMLAH PERLINDUNGAN TAKAFUL= (PERBELANJAAN SETAHUN X 8) + JUMLAH HUTANG |
CONTOH APLIKASI FORMULA
“Berapakah perbelanjaan keluarga tuan sebulan?” tanya saya.
“RM 4K”balasnya ringkas.
Dengan ketiadaan kita nanti, untuk isteri manampung perbelanjaan keluarga setahun, dia memerlukan RM 48K (RM 4K X 12 bulan) (rujuk terjemahan ayat al-Quran pertama di atas).
Mengikut Hukum Faraid isteri (yang mempunyai anak) akan mendapat satu per lapan (1/8) harta pusaka kita sahaja. (7/8) lagi adalah untuk ibu,bapa, anak-anak atau waris yang lain (rujuk terjemahan ayat al-Quran kedua di atas).
Bagi memastikan isteri mendapat sekurang-kurangnya RM48K bersamaan (1/8) harta kita, jumlah harta yang kita perlukan iaitu (8/8) adalah RM 384K (RM 48K x 8).
Kemudian tambahkan lagi dengan jumlah hutang yang tiada perlindungan takaful contohnya pembiayaan kenderaan, pembiayaan peribadi atau hutang kad kredit. Katakan RM 60K (rujuk terjemahan ayat al-Quran kedua di atas).
“Maka jumlah perlidungan (sum cover) yang ideal untuk diambil oleh tuan ialah RM 444K (RM 384K + RM 60K).”Jelas saya lagi.
Selepas membuat analisis ini barulah kita minta beberapa wakil takaful membuat kiraan berapakah caruman sebulan yang diperlukan untuk mendapat jumlah perlindungan (sum cover) sebanyak RM 444 000.
1 ulasan:
Terbaik...
Catat Ulasan