Dua kemalangan maut
ARAU – Dua kemalangan maut dicatat berlaku di negeri ini pada hari pertama Ops Sikap ke-24 yang bermula 23 Ogos hingga 6 September depan.
Kemalangan pertama dicatat berlaku di Kilometer 2 Jalan Kaki Bukit membabitkan seorang warga emas, Ku Adnan Ku Ahmad, 68, yang sedang dalam perjalanan ke masjid dilanggar seorang remaja berumur 19 tahun yang menunggang motosikal kira-kira jam 8 malam.
Manakala kemalangan kedua adalah membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Mohd Norsaiful Zainal Abidin, 19, yang maut selepas motosikal dinaikinya bersama seorang rakan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di kilometer 16.8 Jalan Kaki Bukit-Kangar.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Polis, Zull Aznam Haron berkata, bermula Januari hingga 31 Julai lalu, sebanyak 1,017 kes kemalangan jalan raya dicatatkan berlaku di negeri ini.
“Jumlah itu membabitkan pecahan 40 kes kemalangan maut, 42 kematian, 129 cedera parah, 134 cedera ringan dan 714 tiada kecederaan,” katanya ketika pelancaran Ops Sikap ke-24 peringkat negeri Perlis, di Kilometer 26.4, Jalan Kuala Perlis-Changlun, semalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, Zulhasmi Mohamad dan Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR) negeri, Mohd Fazley Mohd Latiff.
Zull Aznam berkata, pihaknya turut menyenaraikan sebanyak sembilan laluan panas atau berisiko berlaku kemalangan sepanjang tempoh Ops Sikap ke-24 sempena Aidilftri minggu depan.
Antara laluan yang dikenal pasti berisiko berlaku kemalangan itu ialah di KM9 hingga KM12 Jalan Kangar-Alor Setar, KM12-KM14 Jalan Kangar- Kodiang, Jalam Syed Alwi, Jalan Kuala Perlis Dan Jalan Sanglang.
Menurutnya, sepanjang Ops Sikap ke-24 ini, pihaknya sudah menempatkan anggota trafik di beberapa kawasan strategik yang dikesan kerap berlaku kemalangan dan mengadakan pematuhan peraturan lalu lintas.
“Pemantauan pematuhan itu termasuklah memberhentikan kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan untuk diberikan nasihat kepada pemandu ataupun mengambil tindakan perundangan,” katanya.
Rabu, 24 Ogos 2011
Jumaat, 19 Ogos 2011
Ajal Maut Tidak Siapa Boleh Halang ...Al Fatihah
Tragedi baju raya tiga beranak
KEMAMAN – Tiga beranak menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila mayat kesemua mereka ditemui dalam keadaan renyuk dengan kepala salah seorangnya pecah selepas kereta sewa jenis Perodua Viva yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam di Kilometer 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan resort Awana Kijal dekat sini itu mengakibatkan Aswari Ariffin, 36; isterinya, Nik Herna Hariany Mokhtar, 28, dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4, maut di tempat kejadian.
Seorang lagi penumpang kereta itu, Nik Nor Syafiqah, 10, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Dia merupakan adik Nik Herna Hariany.
Sebelum kejadian, empat sekeluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik selepas membeli baju raya di Kuantan, Pahang.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Aswari itu terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan tiang elektrik. Kenderaan tersebut kemudian telah memasuki laluan bertentangan dan berpusing beberapa kali sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Suzuki Swift.
Pemandu Swift yang dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kemaman itu, Ahmad Tajudin Mohd. Arifin, 34, parah dan dirawat di Hospital Kemaman.
Apakah persediaan awal anda sebagai Bapa Kepada Anak-Anak & isteri Tersayang
3 anak kecil cari kotak sara hidup
MUHAMAD AIMAN bersama dua adiknya melihat kotak yang diperolehi.
KLANG: Pengorbanan tiga anak kecil berumur antara lima hingga 11 tahun tidak ternilai apabila mereka sanggup menggantikan tanggungjawab bapanya yang tidak berupaya bekerja bagi menampung belanja pada Aidilfitri bulan depan.
“Sudah dua tahun saya tidak dapat menyediakan persiapan hari raya dengan sempurna dan terpaksa meminta anak memakai baju raya sama tahun lalu.
“Hanya Allah saja tahu betapa pilunya saya apabila melihat enam anak saya tidak dapat menyambut hari raya seperti kanak-kanak lain. Ini semua kerana saya tidak mampu lagi bekerja untuk menggembirakan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Jati, Kampung Jawa di sini.
Selain Muhamad Aiman dan dua adiknya, Abdul Aziz dan isteri, Muzarina Ali, 42, mempunyai tiga anak lagi yang masing-masing berumur 13, 15 dan 16 tahun yang kini belajar di sebuah sekolah berhampiran.
Sambutan Ramadan kali ini disambut ala kadar apabila Abdul Aziz hanya mengharapkan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma di surau berhampiran untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
“Untuk merasa hidangan ayam memang sangat mustahil,” katanya.
Abdul Aziz yang dikategorikan dalam golongan asnaf fakir dan miskin oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bantuan RM500 sejak Jun lalu selepas beliau hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja oleh majikannya.
“Saya terkilan apabila bekas majikan seolah-olah tiada belas kasihan terhadap keadaan diri saya, malah hanya memberikan wang pampasan gaji selama dua bulan dan memberhentikan saya dalam notis 24 jam.
“Selepas pembedahan kaki kiri, saya berjalan tempang dan ini membuatkan banyak syarikat tidak mahu menggaji saya,” katanya yang pernah bekerja sebagai kerani di pejabat guaman selama sembilan tahun.
Bagaimanapun, Abdul Aziz rela bekerja jika ada pihak sudi menawarkan pekerjaan sesuai dengan keadaan dirinya yang tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh lama.
Lebih malang, dirinya tidak diberikan bantuan oleh persatuan pekerja yang sepatutnya memberikan sagu hati kerana keadaannya yang tidak mampu bekerja lagi tetapi dinafikan oleh pihak persatuan.
Langgan:
Catatan (Atom)