Selasa, 13 September 2011

Mengapa orang ramai membeli takaful keluarga/insurans hayat.


Utusan Malaysia: Orang ramai membeli polisi insurans hayat kerana berbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi insurans hayat:

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya: 
"Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun."
"Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu."
"Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. "
"Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. "
"Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya."

Seorang guru yang menjaga ibunya: 
"Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun. "
"Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya."
 

Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya: 
"Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang." 
"Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. "
"Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. "
"Justeru itu, saya telah membeli polisi insuranshayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, polisi tersebut menjadi polisi amanah. "
"Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. "


Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya: 
"Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah."
"Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi insurans hayat. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah."
"Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi insurans hayat untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya."

Rabu, 24 Ogos 2011

Ingatlah Orang Tersayang ,Sesungguhnya Ajal sentiasa mengejar kita disetiap saat

Dua kemalangan maut


ARAU – Dua kemalangan maut dicatat berlaku di negeri ini pada hari pertama Ops Sikap ke-24 yang bermula 23 Ogos hingga 6 September depan.

Kemalangan pertama dicatat berlaku di Kilometer 2 Jalan Kaki Bukit membabitkan seorang warga emas, Ku Adnan Ku Ahmad, 68, yang sedang dalam perjalanan ke masjid dilanggar seorang remaja berumur 19 tahun yang menunggang motosikal kira-kira jam 8 malam.

Manakala kemalangan kedua adalah membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Mohd Norsaiful Zainal Abidin, 19, yang maut selepas motosikal dinaikinya bersama seorang rakan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di kilometer 16.8 Jalan Kaki Bukit-Kangar.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Polis, Zull Aznam Haron berkata, bermula Januari hingga 31 Julai lalu, sebanyak 1,017 kes kemalangan jalan raya dicatatkan berlaku di negeri ini.

“Jumlah itu membabitkan pecahan 40 kes kemalangan maut, 42 kematian, 129 cedera parah, 134 cedera ringan dan 714 tiada kecederaan,” katanya ketika pelancaran Ops Sikap ke-24 peringkat negeri Perlis, di Kilometer 26.4, Jalan Kuala Perlis-Changlun, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, Zulhasmi Mohamad dan Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR) negeri, Mohd Fazley Mohd Latiff.

Zull Aznam berkata, pihaknya turut menyenaraikan sebanyak sembilan laluan panas atau berisiko berlaku kemalangan sepanjang tempoh Ops Sikap ke-24 sempena Aidilftri minggu depan.

Antara laluan yang dikenal pasti berisiko berlaku kemalangan itu ialah di KM9 hingga KM12 Jalan Kangar-Alor Setar, KM12-KM14 Jalan Kangar- Kodiang, Jalam Syed Alwi, Jalan Kuala Perlis Dan Jalan Sanglang.

Menurutnya, sepanjang Ops Sikap ke-24 ini, pihaknya sudah menempatkan anggota trafik di beberapa kawasan strategik yang dikesan kerap berlaku kemalangan dan mengadakan pematuhan peraturan lalu lintas.

“Pemantauan pematuhan itu termasuklah memberhentikan kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan untuk diberikan nasihat kepada pemandu ataupun mengambil tindakan perundangan,” katanya.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Ajal Maut Tidak Siapa Boleh Halang ...Al Fatihah

Tragedi baju raya tiga beranak


BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan tiga beranak maut di persimpangan Awana Kijal, Kemaman kelmarin.


KEMAMAN – Tiga beranak menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila mayat kesemua mereka ditemui dalam keadaan renyuk dengan kepala salah seorangnya pecah selepas kereta sewa jenis Perodua Viva yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam di Kilometer 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan resort Awana Kijal dekat sini itu mengakibatkan Aswari Ariffin, 36; isterinya, Nik Herna Hariany Mokhtar, 28, dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4, maut di tempat kejadian.
Seorang lagi penumpang kereta itu, Nik Nor Syafiqah, 10, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Dia merupakan adik Nik Herna Hariany.
Sebelum kejadian, empat sekeluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik selepas membeli baju raya di Kuantan, Pahang.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Aswari itu terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan tiang elektrik. Kenderaan tersebut kemudian telah memasuki laluan bertentangan dan berpusing beberapa kali sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Suzuki Swift.
Pemandu Swift yang dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kemaman itu, Ahmad Tajudin Mohd. Arifin, 34, parah dan dirawat di Hospital Kemaman.

Apakah persediaan awal anda sebagai Bapa Kepada Anak-Anak & isteri Tersayang

3 anak kecil cari kotak sara hidup


 MUHAMAD AIMAN bersama dua adiknya melihat kotak yang diperolehi.
MUHAMAD AIMAN bersama dua adiknya melihat kotak yang diperolehi.
Budak berusia lima hingga 11 tahun galas tanggungjawab bapa sakit

KLANG: Pengorbanan tiga anak kecil berumur antara lima hingga 11 tahun tidak ternilai apabila mereka sanggup menggantikan tanggungjawab bapanya yang tidak berupaya bekerja bagi menampung belanja pada Aidilfitri bulan depan.
Muhamad Aiman, 11, bersama dua adiknya, bukan saja bekerja mengutip kotak bagi membantu ayahnya, Abdul Aziz Muhamad, 43, yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi juga sanggup berlapar demi menjaga hati ayahnya yang tidak mampu memberikan duit belanja ke sekolah.
Abdul Aziz berkata, pada 2008, beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa kakinya terpaksa dibedah untuk menghalang penyakit kencing manisnya daripada merebak hingga ke tahap kronik.

“Sudah dua tahun saya tidak dapat menyediakan persiapan hari raya dengan sempurna dan terpaksa meminta anak memakai baju raya sama tahun lalu.

“Hanya Allah saja tahu betapa pilunya saya apabila melihat enam anak saya tidak dapat menyambut hari raya seperti kanak-kanak lain. Ini semua kerana saya tidak mampu lagi bekerja untuk menggembirakan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Jati, Kampung Jawa di sini.

Selain Muhamad Aiman dan dua adiknya, Abdul Aziz dan isteri, Muzarina Ali, 42, mempunyai tiga anak lagi yang masing-masing berumur 13, 15 dan 16 tahun yang kini belajar di sebuah sekolah berhampiran.
Sambutan Ramadan kali ini disambut ala kadar apabila Abdul Aziz hanya mengharapkan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma di surau berhampiran untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

“Untuk merasa hidangan ayam memang sangat mustahil,” katanya.

Abdul Aziz yang dikategorikan dalam golongan asnaf fakir dan miskin oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bantuan RM500 sejak Jun lalu selepas beliau hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja oleh majikannya.

“Saya terkilan apabila bekas majikan seolah-olah tiada belas kasihan terhadap keadaan diri saya, malah hanya memberikan wang pampasan gaji selama dua bulan dan memberhentikan saya dalam notis 24 jam.

“Selepas pembedahan kaki kiri, saya berjalan tempang dan ini membuatkan banyak syarikat tidak mahu menggaji saya,” katanya yang pernah bekerja sebagai kerani di pejabat guaman selama sembilan tahun.

Bagaimanapun, Abdul Aziz rela bekerja jika ada pihak sudi menawarkan pekerjaan sesuai dengan keadaan dirinya yang tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh lama.

Lebih malang, dirinya tidak diberikan bantuan oleh persatuan pekerja yang sepatutnya memberikan sagu hati kerana keadaannya yang tidak mampu bekerja lagi tetapi dinafikan oleh pihak persatuan.

Ahad, 26 Jun 2011

Surat Dari Polisi Hayat

Salam Sejahtera,

Saya polisi Takaful Hayat Anda

       Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

       Sekarang ini , anda sedang melaksanakan tugas anda, menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal unutk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh , mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

       Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

      Ketika ini , apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang , saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, (hanya Allah sahaja yang mengetahui bila) anda dan saya mungkin bertukar tempat .

     Apabila anda disemadikan dengan aman , saya akan bangkit dengan pantas- untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini .Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba lebih-lebih kagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.

     Apabila tugas anda telah selesai , tugas saya baru bermula.Melalui saya, tangan anda terus berbakti dan melalui saya , cinta anda terhadap keluarga tetap menyerlah.

     Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar unutk menyimpan saya sebagai satu bebanan , cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan sekeluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya.

     Jika andfa melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.

    Yang Benar

     Polisi Hayat.